Tuesday, 2 December 2014

Cafe latte semudah ABC

Sabtu lepas teringin nak minum air starbuck tp malas nak drive so jadilah air cafe latte ciptaan akak..  jap akak share


Ramuan
200ml Susu Fullcream
1 sudu besar Gula pasir
1 sudu teh Nescafe 

Caranya
Larutkan nescafe + gula + air panas
campurkan dgn susu fullcream
then goncang masuk peti sejukk
nyaman dong!! Hihi
Selamat Mencuba.. 

 
 



Tuesday, 25 November 2014

Lasagna simple


Ok akak buat ni dah berkurun hihi arini akak share ya..

Sos daging / ayam bolognese

Pasta (kalau nak letak spaggeti pun boleh)

sos putih (lg byk lagi sedap)
Susu full cream 
Cheddar cis (akak guna slice cheddar)
Mentega 

panaskan mentega susu dgn 4 keping cheddar cheese

Lapisan pertama
sos bolognese
pasta
sos putih
**ulang balik sampai abis
last skali tabur cheddar cis byk2 okeh..

selamat mencuba!!






Tuesday, 18 November 2014

Ashraf dapat no 1


Mmmmm dah bersawang kot blog i nih.. hihi.. Arini nak share tentang tips - tips anak pintar. yeke- yeke actually bukan tips jugaklah. Alhamdulilah Ashraf dah 5 tahun masuk tahun ni dah 2 tahun dia bersekolah di Tadika Bahtera Al-amin.. Masa nak exam aritu abah dia janji nak belikan basikal scrambler untuk dia tapi dengan syarat dapat no 1 sahaja.. tapi dia kata nombor 2 dan no 3 pun menang jugak abah.. ayat yang seboleh-boleh nak jugak beskal tu. kalau ikut hati i memang beli je basikal tu tapi abah die tak bagi juga.. ibu kann semua pun nak beli untuk anak.



sebelum graduasi pada 14/11/2014 i ada tanya dia dapat no berapa, dia kata no 1 mama dengan muka slumber dia. I tak percaya hihi ingatkan dia saja je. Masa atas stage Ustazah Anita announce Muhammad Akil Ashraf dapat no 1 dalam kelas... Tetibe mata i masuk habuk hukhukhuk.. hihi.. tak sangka. Mama bangga dengan acap ye sayang. Ok hutang beli beskal. Abah die upah beli lego kete F1 dulu okk..

Ok ni yang i praktikkan pada Ashraf

1. Main Lego
2. buat kerja sekolah sama-sama
3. Upah (anything yang dia minat)
4. Supplemen Omega guard / Mealshakes / Vitamin C
5. Doa ibu bapa yang tak pernah putus
6. Main Playdoh..

Meh i blanje sket gambar Lego Acap


punyalah kusyuk dapat Lego nih.. sampai takmo tido


pening i tengok hihi.. arini masih xsiap lg.. maybe minggu depan siap kot.. hihi..


ok untuk tau lebih lanjut tentang supplemen anak anak bolehlah pm i.. free and exclusive konsultasi for you okeh.

Your Lovely SID,

Zaharah Sulaiman
0133465399

Thursday, 22 May 2014

Monday, 10 February 2014

Kenapa makan vitamin tapi tak nampak apa pun!!

Besarlah harapan kita lepas makan vitamin supaya mendapat hasil/kesan yang kita nak. Makan set kurus jadi kurus, makan set sendi, lutut dan sendi jadi baik, Makan vitalea dan vitamin c terus jadi cergas. Tapi tak semua orang dapat kesan yang baik. Ada yang makan, tapi tak berkesan pun. Sebelum makan dan selepas makan, sama je.
Saya yakin ramai yang tahu berkat istiqamah…berkat istiqamah [ amalan yang dilakukan secara sedikit tetapi berterusan] even dalam mendapatkan kesan hasil dari pengambilan supplement, kita disarankan makan secara konsisten selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian ditambah sel kita hidup antara 90-120 hari.
Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor :


1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.
Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.
Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.
Ia juga penting bagi mengurangkan kesan Healing Crisis. Apa itu Healing crisis? Sila klik SINI.


2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.


3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepaspengambilan ubat doktor.


4. Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian.
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.


5. Pantang larang makan vitamin.
-Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi (Vitalea) tidak boleh diambil bersama air susu/ ostematrix/ pil kalsium? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.
-Tahukah anda vitamin E dan GLA Complex (kerana terdapat Vitamin E di dalam GLA Complex), tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia.


6. Pesakit-pesakit dan keadaan seperti berikut TIDAK BOLEH mengambil vitamin dan supplement seperti yang dinyatakan:
Pesakit SLE atau lupus : Alfalfa
Pesakit talasemia: Vitalea
Ibu Mengandung: Vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch, Carotamax, Lecithin, Nutriferon (kecuali dengan saranan doktor). Vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.
Ibu Menyusu: Cinch (disarankan diganti dgn ESP kerana kandungan kalori yg rendah dalam cinch tidak mencukupi utk keperluan kalori ibu2 menyusu) dan Vivix.

I’m a Shaklee Independent Distributor
Zaharah Sulaiman
Ulu Tiram, Kota Tinggi, Johor Bahru area
HP No. =0133465399
Email = zaharah801@gmail.com


::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::